Pink Transparent Star

Thursday, October 21, 2010

buatmu yang bernama teman...


Pernah ku dengar kisah junjungan mulia

Rasulullah SAW tercinta berkorban

dibaling batu,menitis darah

Dipulau,dikeji dan dihina

Kerana dakwah ini

Pernah ku dengar kisah para sahabat,

Mus’ab yang meninggalkan hartanya demi Islam,

Syahidnya dikafan kain singkat

Amr B Al-Jamuh seorang yang pincang dan tua,

Rindunya pada syurga membawanya kepada syahid.

Pernah ku dengar kisah ulama,

Sayid Qutb saat menuju hukuman gantung,

Masih mampu melemparkan senyuman.

Syeikh Ahmad Yasin yang lumpuh,

Dibunuh kerana teguh mempertahankan deen ini.

Masih adakah lagi figur-figur seperti ini?

Masih adakah pemuda dan pemudi,

Yang berjuang mengharap semata-mata redhaNya?

Yang sangat-sangat rindu bertemu denganNya.

Sahabat…

Aku temui mereka dalam dirimu..

Bukan tidak banyak masalah dunia menghimpitmu..

Bukan tiada pangkat dan harta yang boleh kau kejar,

Tetapi nikmatnya janji Allah,

Telah mengkaburi matamu daripada pandangan dunia.

Engkau terus bekerja dan bekerja,

Merealisasikan janjimu,

Bahawa solatmu,

Ibadahmu,

Hidupmu,

Dan matimu,

Hanya untukNya,

Tuhan seluruh alam

Sahabat,

Jika aku mampu,

Aku ingin juga mengikut jejak langkahmu,

Sebagaimana jejak langkah Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda,

Ingin aku bersama-sama menghirup udara segar dakwah,

Sama-sama berjuang.

Sahabat,

Janganlah bersedih,gembiralah engkau.

Tidaklah Tuhan itu mensia-siakan hambaNya,

Yakinlah Allah bersama kita,

Tunggu sahaja antara dua,

Syahid atau menang.

Ya Allah,

Kasihanilah sahabatku ini.

Ameen.

No comments:

Post a Comment