Pink Transparent Star

Saturday, February 19, 2011

jadi 'mc' untuk sambutan maulidur rasul


pengalaman yang paling best+cemas..camne leh jadi 'mc'???camni citer die wktu bace PAFA ngan ustazah roslina dia ad tnye nak tak kalau jadi 'mc'?ape lagi dilah terkejut ar dengar kan..pastu katelah boleh jugak nak try..ustazah roslina kate suare awk sedap nie kalu jadi' mc'..hehehe(ketawa kecil)..then,berapa ari lepas tu..ari khamis 17/2/2011 tetibe jew mak sedara tnye yew kew awk nk jdi "mc"??pastu mcm terkejut ar kan..jwblah a'ah nk try dulu..pastu mak sedara(cikgu faizah) kate kalo gitu buatla baik2 coz ckgu nk cari pelapis untuk 'mc'ustazah roslina dah heboh dah kt cikgu..die kate gini..faiz(pnggilan ckgu faizah) tulah awk tak tau ank sedare awk tu ad bakat terpendam..HAHA..NAK GELAK RASE..pastu ckp lah insyallah..waktu masa bm pulak..cikgu saliza kate suruh jumpe die pukul 2..dah berdebar da waktu tutakot je ade uat salah ke kan..pukul dua jumpe lah..pastu cikgu saliza kate ..cikgu nk suruh awk jadi 'mc' untuk pertandingan selawat..pastu ckgu saliza pun bagi teks ucapan n try bace depan die..memang takot ar..balik tu practice ar..n malam tu g umah ckgu faizah untuk ajar camne bace belaka kat ne salah bace ..balik kul 11.30 p.m kene taip balik teks tu sampai ar puluk 12.03 a.m...kul 12.10 a.m barulah boleh tidur..keesokan harinyer memang sangat berdebar..tapi x ley berdebar sangat wat relax jew..budak laen g berarak cume tnggal budak sesi petang jew untuk pertandingan selawat nieymadihah tolong teman ..nasib baik die ade tak ketar sangat..memang susah gak jadi 'mc' kene uat pengumuman kan..nak kawal budak tu supaya tidak bising..waktu bace ue adelah gak salah..nk uat cmne tak sengaja..beberape lame kemudian budak sesi pagi pun ade penuh dewan..ha' tu lagi ketar nyer tapi uat slumber jew..lepas beberapa minit gitu abislah turn sye jadi 'mc'..tapi akhirnyer berani tu ade gak dlm diri niey..x la berapa takut sngt..tapi memang best + seronok ar jadi 'mc' niey..arap ley jadi lagi..amiin..kalo kite nak uat sesuatu perkara mesti ade 'self confidence' tapi jangan 'over confidence' nanti boleh termakan diri sendiri..
2 jew ar nak kongsikan pengalaman jadi mc niey..kat bawah niey teks yang bace untuk jadi mc ari jumaat semalam..

Bismillahirrahmanirrahim wassalatuwassala mualaasyrafil anbia iwal mursalin
Waala alihi wasahbihi ajmain.
Yang dihormati panel hakim yang berpegang teguh pada dacing keadilan, para peserta pertandingan selawat dan seterusnya hadirin yang dihormati.Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh dan salam 1 malaysia 1 ummah.
Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan keizinan-Nya,dapatlah kita berkumpul untuk menjayakan majlis pertandingan selawat sempena sambutan maulidur rasul 1432H peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad.
Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini,dengan hormatnya dipersilakan saudara ……………………….untuk membacakan doa.Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan.
Amin,amin ya rabb al-alamin
Doa dipohon sepenuh hati
Segala hajat mohon diperkenan
Agar majlis lancar berseri
Terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
Tanpa melengahkan masa, bersama-sama kita beranjak ke acara seterusnya.Sebelum itu, dengan segala hormatnya , majlis memperkenalkan panel hakim yang terlibat dalam pertandingan hari ini.Para hakim terdiri daripada:
Al-fadhil al-ustaz Hj Sahari bin Ismail, Muaalim En Mat Nor bin Salleh,Muallimah Pn hjh Nazeera binti Habeeb Noohu, Muallimah Pn Noraznita bt Kamaruzzaman
Untuk pengetahuan para peserta dan hadirin,pemarkahan akan dinilai berdasarkan kriteria yang berikut:
~kriteria yang pertama ialah lagu-30 markah
~kedua persembahan-30 markah
~ketiga fasohah dan kelancaran sebanyak 25 markah
~dan yang keempat suara, suara-15 markah
masa yang diperuntukkan untuk setiap persembahan ialah 5 minit.
Penjaga masa akan mengangkat kad bewarna merah menandakan masa yang
diperuntukkan telah tamat.
Hakim diperkenal penuh karisma
Peserta berpadu semangat membara
Bagi meneruskan acara,dipersilakan kumpulan pertama untuk membuat persembahan iaitu kumpulan kadet bomba.
Majlis mempersilakan
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Seterusnya, majlis mempersilakan kumpulan kedua untuk tampil ke pentas,iaitu kumpulan Persatuan Kadet Bersatu Malaysia. Dipersilakan.
Terima kasih di atas persembahan itu tadi.
Acara diteruskan lagi dengan persembahan kumpulan ketiga iaitu kumpulan pengakap.Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Bagi memeriahkan lagi acara,dipersilakan kumpulan keempat iaitu kumpulan kadet polis untuk membuat persembahan.
Terima kasih di atas persembahan itu tadi.
Seterusnya, majlis mempersilakan kumpulan kelima iaitu kumpulan kadet remaja sekolah.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Kumpulan seterusnya,Persatuan Bulan Sabit Merah iaitu kumpulan keenam dipersilakan naik ke pentas.
Terima kasih di atas persembahan itu tadi.
Tanpa melengahkan masa,dipersilakan pula kumpulan ketujuh iaitu kumpulan Persatuan Pandu Puteri untuk membuat persembahan.
Majils mengucapkan ribuan terima kasih diatas persembahan itu tadi.
Kita tampilkan pula kumpulan kelapan iaitu kumpulan Puteri Islam untuk membuat persembahan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan.
Seterusnya, dipersilakan kumpulan terakhir untuk membuat persembahan,iaitu kumpulan Kadet Pertahanan Awam.Dipersilakan.
Terima kasih di atas persembahan itu tadi.
Nun di sana ombak beralun
Beralun megah meredah samudera
Indahnya sungguh selawat dialun
Moga menjadi iktibar bersama
Budak-budak bermain galah
Bermain galah di tepian gelanggang
Ada yang menang, ada yang kalah
Itulah dia adat pertandingan.
Para peserta dan penonton diminta bersabar kerana keputusan akan diumumkan selepas rehat dalam majlis yang berikutnya.
Sekian sahaja majlis kita pada pagi ini,saya sudahi dengan lafaz yang mulia.
Wabillahitaufik walhidayah,assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
Majlis bersurai.

No comments:

Post a Comment