Pink Transparent Star

Tuesday, June 7, 2011

warna dan personaliti


WARNA itu menyimpan seribu makna sebab  secara tidak langsung menterjemahkan perasaan atau keinginan seseorang . I cadangkan kepada sesiapa yang sedang mencari calon si CINTA boleh kaji selidik warna kegemaran si CINTA , then baru tahu sifatnyaaaaa ;) Owh selain itu , boleh jugak buat kajian ke atas diri sendiri yawh . Mari mari kita kenali WARNA dan sifatnya.

Owh I lurve pink ;)

Pink
- Positif : Seorang yang tegas dan jujur. Anda juga suka membantu dan orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.
- Negatif: Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi kehendak.




Putih itu suci berseri 

Putih
- Positif: Lebih mencerminkan sifat sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah dipujuk apabila merajuk. Juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain. Perasaan hati sentiasa tenteram dan hidup bertawakal.
- Negatif: Boros berbelanja



Black tetap nampak glamour ;)



Hitam
- Positif: Prihatin, baik hati dan kuat menghadapi dugaan hidup. Tidak mudah dipengaruhi dan gemar berfikir serta setia pada pasangan.
- Negatif: Suka menyendiri, prihatin, tetapi cepat tersinggung



Owh Lily Allen in RED ! nampak sexy kan ? 


Merah
- Positif: Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Anda juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.
- Negatif: Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung


Errr not my fav colour ! Tapi warna kuning tetap chantek

Kuning
- Positif: Berjiwa lembut atau halus dan sentiasa mendapat perhatian. Penuh kasih sayang dan berhemah serta sentiasa ceria. Positif dan sangat optimis serta memiliki senyum yang luar biasa dan tidak suka didesak. Sangat setia kepada pasangan.
- Negatif: Sikap terlalu agresif mungkin membuat orang lain menjadi takut. Anda juga cengeng (sering menangis) dan mudah menyerah



Hijau nampak segar ;)


Hijau
- Positif : Rajin dan jujur bekerja di samping, tekun serta sabar melakukan sesuatu. Pencinta keharmonian dan
kedamaian serta sentiasa dahagakan ilmu. Pencinta alam sekitar.
- Negatif: Terlalu mudah percaya dan kadangkala pendirian yang teguh membuatkan anda seakan-akan kolot


kredit to:kak azaliah

No comments:

Post a Comment