Pink Transparent Star

Monday, December 19, 2011

result pmr ^ - ^

cuak + takut +gementar bila fikir tentang result pmr..nak lagi bila orang buat status tentang pmr kat facebook..huishh..bak kate kawan saye tercabut kepala lutut..tadi go to laman web kementerian pelajaran malaysia n check la bila result pmr keluar ni pemberitahuan dalam laman KPM ..



KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH TAHUN 2011


KENYATAAN AKHBAR

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
PENILAIAN MENENGAH RENDAH
TAHUN 2011

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 22 Disember 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat UtamaAras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
 
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
 
Untuk makluman, peperiksaan bertulis PMR 2011 telah berlangsung pada 4, 5, 6, 10 dan 11 Oktober 2011. Seramai 481,292orang calon telah menduduki PMR pada tahun ini di 3,521 pusat peperiksaan di seluruh negara.
 
Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam28 Disember 2011. Bersama ini dilampirkan bahan promosi perkhidmatan yang dikeluarkan oleh MAMPU untuk rujukan.
 
 
 
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
20 Disember 2011






huisshh..maknenye tinggal lagi 2 hari je lagi..


                                      بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah Ya Tuhanku ,berikanlah keputusan yang cemerlang kepadaku dan semua calon-calon pmr 2011 supaya kami semua tidak mengecewakan harapan ibu bapa kami dan juga pendidik kami..semoga Engkau memakbulkan doa hambaMu ini  Ya Allah kurniakanlah kami kejayaan di dunia dan diakhirat.amin yarabbal alamin.



No comments:

Post a Comment