Pink Transparent Star

Friday, January 6, 2012

pilot =alia




alia ..ni saye dpt skit maklumat untuk awk..sila bace kayy!

Dari Segi pendapatan, kerjaya ini menjanjikan gaji yang cukup lumayan serta ditambah dengan pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko.
Ciri-ciri Peribadi yang Diperlukan
1. Mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya
2. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani
3. Komitmen yang tinggi serta minat yang mendalam di bidang ini.
4. Boleh berkomunikasi dengan baik.
5. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.
6. Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan fizik.
7. Berumur di antara 18 hingga 24 tahun.
8. Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.
9. Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan optik dan tidak buta warna).
10. Ketinggian minimum tidak kurang daripada (5 kaki 4 inci).
11. Sanggup bekerja di luar stesen dala tempoh masa singkat atau lama.
Syarat Mengikuti Latihan Penerbangan
untuk menjadi seorang juruterbang pesawat penumpang atau kargo, anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau latihan sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar negara.
Tempat Mengikuti Latihan Penerbangan
Terdapat banyak sekolah latihan penerbangan di dalam atau luar negara.
Di antara sekolah latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, dan Air  asia
Semasa berada di sekolah latihan, peserta akan mengikuti latihan penerbangan secara teori dan praktikal dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas mengikuti latihan dengan jayanya, anda akan memperoleh lesen penerbangan.
Syarat Mengikuti Latihan Penerbangan
Pelajar yang berminat untuk mengikuti latihan penerbangan perlu lulus dengan mendapat kepujian bahasa melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam matematik, fizik dan bahasa Inggeris.



info from wikipedia

Juruterbang (bahasa Inggeris:Aviator) merupakan seorang yang menerbangkan sebuah pesawat udara untuk tujuan keselamatan atau pekerjaan. Kadang kala perkataan yang agak feminin aviatrix juga digunakan. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin.
Meskipun perkataan ini sering kali dirujuk kepada pemandu, ia juga boleh digunakan bagi merujuk kepada jurumudi udara, jurubomPegawai Sistem Senjatadan Pegawai peperangan elektronik. Istilah tidak harus dikelirukan dengan istilah juruterbang tentera laut, yang mana merujuk kepada anak kapal di dalamTentera Laut Amerika SyarikatMarin dan Pengawal Pantai

terbang di awan biru


No comments:

Post a Comment