Pink Transparent Star

Tuesday, September 18, 2012

Filem hina islam dan Nabi Muhammad S.A.W



Seluruh dunia Islam sekarang dilanda kemarahan di atas penerbitan sebuah filem yang didakwa menghina Nabi Muhammad. Di beberapa negara terutamanya di Asia Barat dan jiran kita di Indonesia sudah melakukan tunjuk perasaan memprotes filem ini. Kita di Malaysia bagaimana? Masih lagikah sibuk dengan Gangnam Style yang tak senonoh tu?
Filem Innocence of Islam
Filem Innocence of Islam, arahan Sam Bacile, yang disiarkan dalam laman YouTube dengan menggambarkan Nabi Muhammad pernah tidur dengan ramai wanita, mengisahkan pembunuhan kanak-kanak dan mendakwa keldai sebagai haiwan Islam pertama.
Filem tersebut turut dilaporkan akan digunakan oleh ekstremis anti Islam, Terry Jones, yang pernah mencetuskan kontroversi cuba membakar al-Quran, untuk berkempen membenci Islam di AS.
Petikan filem berkenaan yang dialih bahasa ke bahasa Arab disifatkan sebagai menjijikkan yang mencetuskan bantahan anti-Amerika Syarikat di Libya dan Mesir. Republik Islam Iran mengutuk keras penghinaan kepada kesucian Islam dan bersimpati dengan rasa tersinggung umat Islam.
Siapa itu Sam Bacile?
Sam Bacile adalah seorang lelaki berusia 56 tahun berasal dari California, Amerika Syarikat. Lelaki itu turut mendedahkan dirinya sebagai Yahudi Israel. Menurutnya, filemnya itu akan membantu Israel dengan mendedahkan
keburukan Islam kepada dunia.
Bacile yang bercakap melalui telefon dari lokasi tidak diketahui tetap membela diri dengan mengatakan Islam adalah satu barah dan mahu filemnya menjadi satu kenyataan politikal.
Dia kini dipercayai sedang bersembunyi di satu lokasi rahsia dengan tahap kawalan keselamatan yang ketat.


Yahudi tidak akan pernah senang dengan masyarakat muslim seluruh dunia selagi kita tidak mengikuti mereka seperti yang telah tertulis di dalam Alquran yang bermaksud :

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)


Filem tersebut dikatakan mendapat derma dari 100 orang yahudi berjumlah USD 5 juta dan melibatkan kurang 60 orang pelakon serta 45 orang krew. Penerbit yang keji itu berkata " Islam is a cancer, the movie is a political movie. it's not a religious movie"

Discover Muslim di UK membuat bantahan dengan mendedahkan siapa Nabi Muhammad S.A.W yang sebenar dengan mengedarkan buku-buku tentang sirah Nabi junjungan kita bagi menangkis segala penghinaan yang dilemparkan terhadap Baginda.



 sumber daripada utusan :


Anak syarikat Google Inc., YouTube akhirnya menyekat akses ke filem Innocence of Muslims kepada pengguna internet di Malaysia selepas ia mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana secara jelas menghina Nabi Muhammad SAW dan agama itu.
Ketua Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia, Zeffri Yusof berkata, sekatan terhadap filem itu di negara ini bermula petang semalam selepas mereka diarah berbuat demikian oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Kami mempunyai garis panduan masyarakat yang jelas dan apabila sesebuah filem melakukan pelanggaran peraturan, syarikat akan menarik balik penayangannya.
"Di samping itu, kami akan menyekat akses ke sesebuah filem di mana sahaja YouTube tempatan dilancarkan jika diberitahu ia menyalahi undang-undang (tempatan) dan selepas kajian menyeluruh terhadapnya dilakukan," katanya ketika dihubungi di sini.

apa nak jadi dengan dunia sekarang . nak kutuk agama orang pula. agama islam adalah agama yang tidak pernah sesat dan islam adalah jalan yang benar.




No comments:

Post a Comment