Pink Transparent Star

Thursday, June 6, 2013

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali


“Dan sesungguhnya Kami akan memberikan dugaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (nyawa) dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpakan dengan musibah, mereka mengucapkan;
“Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.” [Al-Baqarah: 155-156]
Setiap insan pasti akan merasai 'mati',
Cuma masanya tak siapa pun pasti,
Kegerunan Izrail mesti dihadapi,
Walaupun diri mendesak ingin melarikan diri,
Tapi, kenapa perlu menghadapi mati?
Dengar sini,
Mati adalah salah satu tanda kekuasaan Illahi,
Diam di barzakh menunggu saat tibanya hari penghisaban diri,
Ruang rehat bagi mereka yang iman dan taqwa dijadikan pakaian diri,
Tetapi sebaliknya nasib mereka yang sering memungkiri,
Perintah Illahi.
Jadi,
Buatlah pilihan yang terbaik duhai akhi dan ukhti,
Mana yang lebih kau senangi,
Jika inginkan kebaikan diri,
Bersiap siagalah menghadapi janji Tuhan yang pasti mengunjungi,
Kerana saat tiba kehadirannya kau akan menghadap Illahi.
Akan tetapi,
Jika kau tetap memilih untuk berfoya-foya lagi,
Maka ingatlah!
Tika sampai waktunya, janji kan ditepati,
Mustahil sekali untukmu kembali ke dunia buat kesekian kali.
Oleh itu,
Bertaubatlah wahai diri-diri,
Yang masih diberi peluang untuk kembali kepada fitrah yang suci.
" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."(al-Araf:34)
Kematian memang tidak mengenal usia .
Ya Allah  , sungguh terkejut hambaMu ini ya Rabb .  Mesej yang aku terima itu sungguh mengejutkan. Aku tergamam seketika. Mahu percaya atau tidak . Aku sendiri tak pasti. Sedih dan pilu mula menyelubungi diri. Kawan yang aku kenal , berada di kelas yang sama , telah pun 'pergi ' meninggalkan bumi ini. Ini merupakan pengalaman pertama aku dan sunnguh susah untuk percaya. Tapi inilah janji Allah. Aku tidak boleh melawan takdir. Sesungguhnya kematian itu pasti.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan tempatkan awak di kalangan orang yang beriman . Ameen. 



DALAM KENANGAN :
Rohani Abdun Masaree
Lahir pada 6.6. 1996
Smk Ahmad
seorang yang baik dan pemalu.
Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya.
Saya menghargai setiap detik perkenalan kita.
dan hari ini juga merupakan birthday awak kan. 
6.6 1996 - 6.6 2013
Terima kasih untuk segala-galanya :')

Tiada lagi orang yang akan teman saya attend perjumpaan puteri islam , kelab kesenian dan kebudayaan , dan nanti saye tak boleh tanya math dah dengan awak. okayy. Saya tahu setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya :'(

No comments:

Post a Comment