Pink Transparent Star

Saturday, November 30, 2013

F.R.E.E.D.O.M

Lama tak update blog. Dah bersawang dah. Sekian lama di tinggalkan. Nak susun ayat pun dah tak tahu.So , maaflah kalau ayat terabur sekali.Yeay ! Dah habis SPM . Ke'sakai'an dan ke'beria'an terserlah disitu.

Dalam kegembiraan pasti ada kesedihan. Memang setiap manusia akan mengalami hal yang sama yang dipanggil peringkat kehidupan . First jadi baby , budak tadika , budak sekolah rendah , budak sekolah menengah and so on. And now , sudah sampai ke peringkat SPM Leaver dan dah pun menjadi alumni AHMADIAN. Nak buat macam mana . Setiap manusia perlu lalui semua peringkat tu dan umur semakin bertambah bukan semakin berkurang.
Jadi nak ke taknak ke tiada pilihan. Terpaksa jua ku terima.

Mungkin aku gembira tapi mungkin aku sedih. Aku sedih kerana aku terpaksa melalui perpisahan yang sungguh berat  bagi aku untuk melepaskan segala kenangan pahit dan manis sepanjang aku bergelar
'budak sekolah' . Banyak yang aku pelajari semasa aku menjadi budak sekolah. Aku dapat mengenal apa itu erti sahabat dan kawan yang sebenar dalam hidup.
Aku juga dapat merasa hidup di asrama buat pertama kalinya setelah sekian lama aku mengatakan tidak untuk asrama. Haha. Tak sangka aku boleh lalui semua tu. Aku juga dapat belajar yang mana yang baik dan yang buruk dengan bantuan guru-guruku yang aku sayangi.

Dulu aku merasakan menjadi 'budak sekolah ' ni tak syok , tak best ,banyak homework,tak boleh tengok tv,kena tidur awal,kena belajar,ada exam ,kena marah dengan cikgu dan semuanyalah yang tak best. Mesti semua pun pernahh fikir macam tu kan. Lepas tu wujudlah satu pemikiran untuk habis sekolah cepat-cepat. tak nak sekolah dah. Betul tak ? siapa pernah fikir macam tu ? Kita geng. Tipulah siapa yang tak pernah fikir macam tu.

Dan sekarang. Ya . Apa yang difikirkan , diimpikan telah pun datang dan terjadi. Sekarang aku lah
'SPM Leaver' . Aku macam tak percaya je dah habis sekolah. Macam mimpi je kan. Aku tak bersedia lagi untuk menempuhi alam universiti dan pekerjaan. Huhh ! Itu lagi mencabar dari menjadi 'budak sekolah'.
Inilah nanti yang akan aku tempuhi. Sekarang aku hanya perlu menunggu bulan Mac. Result SPM akan keluar. Dan disitulah mulanya perjalanan hidup aku yang baru. Cuak jugak nak tunggu result ni kan. Nak-nak lagi batch 96 ni semuanya cerdik-cerdik. Banyak persaingannya.
Ayah aku ada kata sekarang ni satu kaki sudah melangkah , tinggal sebelah kaki saja lagi untuk melangkah .
Aku sungguh mengerti apa yang dimaksudkan dan aku setuju dengan kata-kata itu.

So, walau apapun result yang aku dapat nantiitulah hasil yang aku terima. Apa yang boleh aku buat sekarang tawakkal dan berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, berikanlah kejayaan yang cemerlang kepada A'dilah hanum binti Azman dalam peperiksaan sijil pelajaran malaysia 2013 ini"
Semoga A'dilah Hanum binti Azman berjaya dan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam SPM .

Ameen , InshaAllah.

Semoga Allah membalas jasa kalian.


https://www.facebook.com/Adilahhanumpunyeblog


No comments:

Post a Comment