Pink Transparent Star

Sunday, January 13, 2019

Memori Tercipta



Takdir. Ya takdir yang telah mempertemukan kita, kawan.

“Dan Dialah menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.’’

"Sentiasa melangkah ke hadapan dalam hidup kita. Kerana setiap apa yang terjadi dalam kehidupan kita itu, Allah telah merancang apa yang terbaik buat kita."

Anugerah sementara

"Nikmat dan rezeki daripada Allah datang dalam pelbagai bentuk. Sahabat yang baik adalah salah satu daripadanya."

Aku bersyukur dikurniakan dan dipertemukan dengan sahabat yang baik dan sentiasa berada bersama didalam kesenangan mahupun kesulitan. 

Banyak yang aku pelajari semasa 'pengembaraan' ini. Aku belajar sebuah erti tulusnya dan peritnya sebuah persahabatan itu sendiri.

Memang bukan mudah untuk melepaskan tetapi Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Walaupun sudah lama berkawan, sudah mengenal dengan begitu rapat antara satu sama lain tetapi jika sudah ditakdir begitu, terimalah ketentuan ini dengan hati yang terbuka. Kerana aku sedar dunia ini hanya tempat persinggahan sahaja dan kau juga adalah pinjaman yang dipinjamkan oleh Allah untuk aku belajar mengenal sikap manusia.

Terima kasih buat yang masih kekal menjadi kawan,sahabat sehingga ke hari ini. Yang sudah meninggalkan diri ini, tidak mengapa. Mungkin takdir Allah telah menentukan kita hanya sampai disitu sahaja. Ya, kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan.

Kepada sahabatku Nur Faraelya Azira, terima kasih kerana sentiasa ada sepanjang pengembaraan ini. Tiada kata yang dapat diungkapkan betapa bersyukurnya aku dipertemukan dengan seorang insan sepertimu. Daripada semester 1 sehinggalah ke akhirnya, kami sentiasa bersama. Hidup kami saling melengkapi antara satu sama lain. Seorang yang baik hati, pemurah dan suka membantu. Semoga persahabatan kami kekal sehingga ke jannah.

Kepada sahabatku Malaliana, terima kasih juga kerana melengkapi hidup ini dengan menjadikan pelangi itu lengkap dengan warna warna nya yang indah. Aku tidak pernah menyangka yang pertemuan kita yang hanya sekadar biasa biasa sahaja menjadi semakin rapat dan tidak lengkap jika tiada kamu. Sungguh bersyukur dapat mengenali seorang lagi insan sepertimu di sini. Terima kasih atas 'sijil penghargaan' yang diberikan dan juga 'cenderahati perpisahan'. 

Dan tak lupa juga kepada Sarah Damia, seorang yang ceria, periang, baik hati. Aku suka mendengar cerita dan celotehnya. Tahun 2018 merupakan tahun yang mencabar baginya. Banyak ujian yang ditempuhinya tetapi dia kuat, cekal menghadapi ujian itu. Seorang yang sangat tabah walaupun didalam kesulitan tetapi masih boleh bergelak ketawa. Memang benar, "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Semoga Sarah terus kuat dalam menempuhi onak dan duri kehidupan ini.



Dan kepada semua yang mengenali diri ini terima kasih untuk segalanya.
Yang datang dan pergi, terima kasih atas pengajaran yang ditinggalkan sepanjang 'pengembaraan ini'.

Sepanjang jalan kenangan 2015-2018





No comments:

Post a Comment