Pink Transparent Star

Sunday, January 22, 2012

senyum


kayy..korang pernah tak terfikir kenapa kita perlu senyum?pentingkah senyuman kite tu??hari ni saye nak kongsikan sedikit info yang saya dapat tentang senyum..
let's check it out !

korang tau ta senyum ni ada berape jenis??aikk! senyum pun ade jenis ke??


yeehhaa!ni lah antara jenis-jenis senyum yang terdapat dalam dunia ni:


Senyum sinis/ egois- boleh buatkan orang sakit hati.
Senyum menggoda- untuk menggoda seseorang.
Senyum ketabahan- dari seseorang yang punyai masalah dan tabah menghadapi dugaan.
Senyum tegar- Ingatkan blogger sahaja tegar. Sentiasa menghiasi bibir dan punya kekuatan dalam hidup        walaupun hadapi masalah berat, tetap tersenyum.

Senyum ketulusan- Datang dari hati untuk membahagiakan, menghormati dan memuliakan seseorang.


korang rase senyuman korang selalunya yang mane??fikir-fikirkanlah dan renung-renungkan


selain itu, senyuman juga  banyak manfaat pada kesihatan, penampilan dan juga sosial. Mengapa kita perlu senyum? Antaranya kerana senyuman adalah satu sedekah yang langsung tidak memerlukan modal. Sebab-sebab lain:

1.Dapat hilangkan stress.
Kadang kala kita rasa penat, sedih. Kalau kita senyum, kita dapat mengurangkan tekanan tersebut.

2. Meningkatkan sistem imun.
Mengikut kajian, senyuman boleh hilangkan batuk dan selsema. Betul ke? Kalau macam ni, tak payah la pergi jumpa Doktor selalu. Senyum saja.

3. Menurunkan tekanan darah.
Tekanan darah lebih rendah apabila kita senyum. Tekanan darah kita berbeza sewaktu kita senyum dan tidak senyum. Macam mana pula kalau seseorang itu ada penyakit darah rendah (anemia)?

4. Awet muda.
Ini memang tidak dapat dinafikan kerana apabila kita senyum, otot-otot muka juga akan bergerak. Kalau nak awet muda (terutamanya perempuan), senyumlah selalu. Tapi awas! Nanti ada pula yang terperasan.

5. Senyum adalah ubat.
Ibarat hormon endorfin yang dapat menghilangkan rasa sakit.

6. Mengubah perasaan.
Jika anda terasa sakit, cubalah untuk tersenyum. Tapi awas pada mereka baru buat pembedahan di perut. Senyum sikit tiada masalah cuma jangan ketawa kerana dikhuatiri terputus benang terbuka jahitan.

7. Riang.
Suasana akan jadi riang dan orang sekeliling juga akan turut tersenyum.

8. Kelihatan sukses.
Akan terasa diri lebih berkeyakinan. Terutamanya ketika bertemu pelanggan atau menghadiri temuduga.

9. Berfikiran positif.
Mungkin sukar bagi kita untuk senyum ketika memikirkan perkara buruk. Jika kita senyum, tubuh akan terima isyarat bahawa 'hidup lebih baik'.

10. Menarik.
Orang yang banyak senyum miliki daya penarik dan membuatkan orang sekeliling berasa senang. Contohnya jika kita ingin bertanyakan sesuatu pada seseorang, beranikah kita bertanya jika wajah orang tersebut masam mencuka? Jika terpaksa, apa boleh buat. Mungkin dengan senyuman kita, akan membuat si dia tersenyum sama.



okayy!! lepas ni kite pakat ramai-ramai senyum ye..tapi jangan lak senyum tu TERover lak..nanti bende lain pula yang menimpa kita..



No comments:

Post a Comment