Pink Transparent Star

Sunday, January 13, 2019

Memori Tercipta



Takdir. Ya takdir yang telah mempertemukan kita, kawan.

“Dan Dialah menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.’’

"Sentiasa melangkah ke hadapan dalam hidup kita. Kerana setiap apa yang terjadi dalam kehidupan kita itu, Allah telah merancang apa yang terbaik buat kita."

Anugerah sementara

"Nikmat dan rezeki daripada Allah datang dalam pelbagai bentuk. Sahabat yang baik adalah salah satu daripadanya."

Aku bersyukur dikurniakan dan dipertemukan dengan sahabat yang baik dan sentiasa berada bersama didalam kesenangan mahupun kesulitan. 

Banyak yang aku pelajari semasa 'pengembaraan' ini. Aku belajar sebuah erti tulusnya dan peritnya sebuah persahabatan itu sendiri.

Memang bukan mudah untuk melepaskan tetapi Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Walaupun sudah lama berkawan, sudah mengenal dengan begitu rapat antara satu sama lain tetapi jika sudah ditakdir begitu, terimalah ketentuan ini dengan hati yang terbuka. Kerana aku sedar dunia ini hanya tempat persinggahan sahaja dan kau juga adalah pinjaman yang dipinjamkan oleh Allah untuk aku belajar mengenal sikap manusia.

Terima kasih buat yang masih kekal menjadi kawan,sahabat sehingga ke hari ini. Yang sudah meninggalkan diri ini, tidak mengapa. Mungkin takdir Allah telah menentukan kita hanya sampai disitu sahaja. Ya, kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan.

Kepada sahabatku Nur Faraelya Azira, terima kasih kerana sentiasa ada sepanjang pengembaraan ini. Tiada kata yang dapat diungkapkan betapa bersyukurnya aku dipertemukan dengan seorang insan sepertimu. Daripada semester 1 sehinggalah ke akhirnya, kami sentiasa bersama. Hidup kami saling melengkapi antara satu sama lain. Seorang yang baik hati, pemurah dan suka membantu. Semoga persahabatan kami kekal sehingga ke jannah.

Kepada sahabatku Malaliana, terima kasih juga kerana melengkapi hidup ini dengan menjadikan pelangi itu lengkap dengan warna warna nya yang indah. Aku tidak pernah menyangka yang pertemuan kita yang hanya sekadar biasa biasa sahaja menjadi semakin rapat dan tidak lengkap jika tiada kamu. Sungguh bersyukur dapat mengenali seorang lagi insan sepertimu di sini. Terima kasih atas 'sijil penghargaan' yang diberikan dan juga 'cenderahati perpisahan'. 

Dan tak lupa juga kepada Sarah Damia, seorang yang ceria, periang, baik hati. Aku suka mendengar cerita dan celotehnya. Tahun 2018 merupakan tahun yang mencabar baginya. Banyak ujian yang ditempuhinya tetapi dia kuat, cekal menghadapi ujian itu. Seorang yang sangat tabah walaupun didalam kesulitan tetapi masih boleh bergelak ketawa. Memang benar, "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Semoga Sarah terus kuat dalam menempuhi onak dan duri kehidupan ini.



Dan kepada semua yang mengenali diri ini terima kasih untuk segalanya.
Yang datang dan pergi, terima kasih atas pengajaran yang ditinggalkan sepanjang 'pengembaraan ini'.

Sepanjang jalan kenangan 2015-2018





Monday, December 31, 2018

Selamat Tinggal 2018


Sekejap betul masa berlalu. Sekarang aku sudah menduduki tahun akhir di universiti. Sungguh benar. Universiti adalah tempat dimana kau akan rasa sebetul betulnya cabaran dalam kehidupan. Sepanjang aku berada di situ. Mengenali orang yang pelbagai jenis ini sungguh memenatkan. Belajar itu tidak memenatkan tetapi situasi, orang di sekeliling itu membuatkan aku rasa lelah.

2018 merupakan tahun yang amat lelah untuk aku tempuhi dan harungi. Banyak yang aku belajar dalam hidup ini.



Yang paling bermakna dan terkesan dalam hidup aku adalah kawan. Bukan mudah untuk kau jumpa kawan yang sebetul betulnya bila kau di alam universiti. Tidak seperti kau disekolah dahulu. Kawan yang boleh bertahan dengan kita sungguh sukar untuk dicari.

Terima kasih untuk segala-galanya 2018. Terima kasih untuk sesiapa yang masih kekal sehingga hari ini(you know who you are). Terima kasih yang sudah banyak menolong.


Semoga 2019 menjadi lebih baik dari tahun sebelum sebelumnya.




Saturday, February 13, 2016

Sambung Belajar (Part 7)

Assalamualaikum dan Hai




Sudah 6 bulan berlalu..
Semester 1 sudah berjaya aku harungi dengan gagah dan tabahnya.
Di bawah adalah serba sedikit info tentang course yang aku ambil iaitu

"Bachelor of Computer Science (Graphics & Multimedia Technology) with Honours."

Subjek yang aku ambil Semester 1 :



  • BCC1032 APPLICATION DEVELOPMENT WORKSHOP 
  • UQB1011 BRIGED SISWA (KOKURIKULUM I)
  • BUM1213 FUNDAMENTAL DISCRETE STRUCTURE
  • BCC1012 ICT COMPETENCY WORKSHOP
  • UHR1012 ISLAMIC AND ASIAN CIVILISATIONS 1
  • BCS1023         PROGRAMMING TECHNIQUES
  • UHS1021 SOFT SKILLS 1

Disebabkan first sem fakulti yang tetapkan jadual untuk kiteorang. So, lepastu atas kita pulak la nak drop /add subject.
Tapi aku just follow je yg dah diberikan .

Total credit untuk course ini : 123
Total credit yang aku ambil sem 1 : 14

Jadi , masih ada berbaki 109 credit hours yang perlu aku habiskan untuk 7 semester lagi.

Konsep dia macam ni :

Kalau kau nak graduate awal drpd tempoh yang ditetapkan , kau ambil la banyk credit .Untuk course ni 4 tahun tempoh yg ditetapkan.

Maksimum course yang fakulti tetapkan : 18 

 Kalau kau nak lebih kau kena pergi ke fakulti la.


Keseronokan yang aku nampak la untuk budak budak komputer ni , bila kawan kau yang daripada fakulti engineering bagai terpaksa berpanas dalam bengkel , makmal and so on. Tapi kau hanya duduk depan komputer , dalam makmal yang ada air cond. tak perlu berpanas panas. tu je la kot. Tapi nak kata susah atau senang course ni. Biasa biasa je lah. Kalau programming tu tak tahu l anak cakap macam mana. cuba rasai sendiri. Hahaha.

p/s : alhamdulillah aku pass semua subjek untuk sem 1 ni. Esok nak balik dah. Cuti sem dah habis. Nak sambung sem 2 pulak.Wish me luck. Feel free to ask me about this course.

@
TWITTER : adilahhanumm
@
EMAIL : adilahhanumazman@gmail.com

Kalau nak comment dibawah pun boleh. Tapi takut tak perasan dan mungkin tak dibalas. So, nak selamat silalah tinggalkan pertanyaan anda  seperti diatas.

Friday, August 28, 2015

Checklist barang untuk masuk Universiti




Hi 
Annyeonghaseyo
Ahlan Wasahlan
Konnichiwa
Bonjour
Ni Hao


Dalam entry post semalam ---> Sambung Belajar (part 6)

Aku dah janji nak update tentang senarai yang perlu dibawa ke universiti.
So sekarang aku akan list down kan. 


🌺CHECKLIST BARANG🌺

💥PAKAIAN
◻ baju kurung/jubah
◻ kemeja short/ long sleeve
◻ kain dalam
◻ inner 
◻ skirt labuh 
◻ T-shirt
◻ Seluar track
◻ Sleluar slack
◻ jeans
◻ Baju tidur
◻ baju batik
◻ Sweater/cardigan
◻ tudung/shawl
◻ Hair band
◻ anak tudung
◻ yg kecik2 secukupnya

💥KAKIKU & TANGANKU
◻ Kasut sukan
◻ Kasut biasa (sarung/sandal) *untuk pakai ke kuliah*
◻ Selipar
◻ Stoking/skinsocks/armsocks

💥 PENJAGAAN DIRI
◻ Sabun mandi/Syampu rambut
◻Pencuci muka
◻ minyak rambut
◻ Ubat/Berus gigi
◻ Sikat/sepit
◻ Deodorant
◻ Bedak
◻ Make up
◻  Ketip kuku
◻ Pad *untuk gadis*
◻ Shaver
◻ Tuala *Besar+kecil*
◻ Kain batik



💥 LAUNDRY
◻ Hanger
◻ Sabun basuh baju/ softener
◻ Baldi/gayung
◻ Bakul kecik *untuk letak syampu, sabun dll*
◻ Pengepit baju
◻ Bakul besar *untuk letak baju yang dah pakai*

💥 STATIONERY
◻ Seletep/Stepler/Ubat stepler
◻ Pen/pensil/eraser/liq.paper
◻ Kalkulator/highlighter
◻ Klip kertas /pin papan /paku tekan
◻A4 Paper/testpad/buku tulis
◻ Penebuk lubang/Ring
◻ Kertas warna/Pembalut hadiah
◻ Gunting
◻ Pencil case
◻ Beg/ beg sandang untuk pergi kelas

💥 KEAGAMAAN
◻ Sejadah
◻ telekung
◻ Al-Quran
◻ Surah Yassin/Al-Mathurat

💥 BILIK
◻ Cadar/Selimut/ Bantal/Sarung bantal
◻ Kertas minyak *alas dalam almari baju*
◻ Jam loceng 
◻ Tong sampah kecik
◻ Kunci mangga
◻ Plastik bag
◻ Extension plug

💥 MINI BAR
◻ Stok makanan/mineral
◻ Pinggan/Mangkuk
◻ Tupperware
◻ Sudu/Garfu
◻ Gelas/Mug/Botol air
◻ Termos/Heater
◻ Buah

💥 GADGET
◻ Laptop/Charger laptop
◻ HP/Charger/Kabel HP
◻ Pendrive/harddisk
◻ Power Bank

💥 EMERGENCY
◻ Minyak angin
◻ Minyak gamat
◻ Ubat nyamuk
◻ Ubat Gegat
◻ Period painkiller *untuk gadis*
◻ Ubat selesema
◻ Panadol
◻ Balm
◻ Plaster

💥 DOKUMEN-DOKUMEN
◻ Borang-borang 
◻ Salinan fotostat IC/Sijil Beranak dll
◻ Beg duit/Kad Bank/Kad SSPN/Lesen Memandu
◻ X-ray/Medical check up results
◻ Gambar passport


💥 LAIN-LAIN
◻ Payung lipat
◻ Plastic bags 
◻ Buku akaun bank
◻ Kalendar 
◻ Bank card

Yang manu aku lupa nak senarai atau takde dalam senarai , pandai pandailah tambah kan sendiri okay. So, boleh dah mula untuk berkemas ni.


Okay, selamat mengemas :)