Pink Transparent Star

Wednesday, April 17, 2019

My Skincare Routine

Assalamualaikum and Hai

Sebelum ni I ada cerita pasal pengalaman pakai local product and share pasal basic skincare routine. For those yang nak baca boleh klik dibawah ni:

Pengalaman Breakout gara gara Local Product
Basic Skincare Routine

So, today I nak share with you guys my skincare routine. I start follow this skincare routine in 2017 until now. Before this, I buat ikut suka hati I and selalu salahkan product yang I beli and tertanya- tanya kenapa la tak berkesan dengan I orang lain pakai helokk je. Now, I knoww and I want you to know too. Sharing is Caring.

My skin type: Oily skin , sensitive
My skin concern: Jerawat, parut, kulit kusam, kulit berminyak, kulit kering,...

Here is my skincare routine:

🌄Waktu pagi:
☑ Low pH Cleanser
☑ Toner
☑ Serum
☑ Moisturizer
☑ Sunscreen (If I want to go out)

 🌙Waktu malam:
☑ Micellar Water
☑ Low pH Cleanser
☑ Toner
☑ Serum
☑ Moisturizer

I akan pakai:
Scrub: Twice a week
Mask: Twice a week
Spot Treatment: Kalau ade Miss J

So, produk apa yang I guna dalam skincare routine I ni? And beli dimana?

Ini senarai produk yang latest I pakai dekat muka I.

☑ Low pH Cleanser - Simple Cleanser
☑ Micellar Water - Garnier Micellar Water Sensitive Skin, Safi Micellar Water Neem
☑ Toner - Simple Toner
☑ Serum - The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%, The Ordinary Hyaluronic Acid 2% + B5
☑ Moisturizer - Rosken Sensitive skin, Sebamed Teenage Care Gel
☑ Sunscreen - Sunkiller Perfect Water Cool, Biore UV Perfect Milk
☑ Scrub - St Ives Oatmeal, St Ives Green Tea
☑ Mask - Freeman (ada 3, I tak ingat nama)
☑ Spot Treatment - Hiruscar acne gel

Semua produk tu I beli di Watsons kecuali The Ordinary di Instagram or Shopee.
Nanti I will share with you guys details every single product yang I pakai.

Disclaimer: Produk yang berkesan dengan I tak semestinya berkesan dengan you. Kulit setiap orang lain-lain.

Saturday, April 13, 2019

Basic Skincare Routine

Assalamualaikum and Hai

Harini I nak cerita lagi pasal kulit muka. Post yang lepas I ada cerita pasal breakout. Siapa yang belum lihat post tu boleh klik sini. Dah baca? Jom sambung.

Okay, I ada janji nak share skincare routine I kan?
Before that,  I nak bagitahu sikit info yang I tahu tentang skin ni.
Skin kita ada banyak jenis tahu. Bukan satu, bukan dua. Tapi empat.
Apa empat jenis kulit yang ada tu?


Skin Type
1) Normal Skin - Kulit yang normal/biasa
2) Oily Skin - Kulit berminyak
3) Dry Skin - Kulit kering
4) Combination Skin- Kulit kombinasi dimana dibahagian T-Zone berminyak dan selebihnya kering atau pun normal.

Next, Skin Concerns iaitu apa masalah kulit kita ni contohnya berjerawat ke, parut ke, banyak pores, garis garis halus, texture kulit, uneven skin tone ke...

Okay, bila kita dah tahu skin type and skin concern kita, baru lah senang kita nak pilih product yang sesuai dengan kulit muka kita ni.

Ini basic skincare routine yang paling paling basic sekali.

🌄Waktu pagi:
☑ Cleanser
Function: Untuk membersihkan segala kotoran, habuk,debu,minyak dekat muka korang tu.
I suggest kalau cari cleanser, cari yang low pH.
☑ Moisturizer
Function: Of Course lah untuk melembabkan kulit, nama pun moisturizer kan. Walaupun skin type korang tu berminyak tapi kena jugak pakai moisturizer hokayy.
☑ Sunscreen
Function: Untuk melindungi kulit daripada sinaran UV dan juga elakkan daripada skin cancer. 
Contoh Low pH Cleanser:

Image result for low ph cleanser Image result for simple cleanser

Contoh Moisturizer:

Related image Image result for rosken moisturizer

Contoh Sunscreen:

Image result for yadah sunscreen Image result for Biore sunscreen

🌙Waktu malam:
☑ Oil Cleanser
Function: Untuk double cleansing. For those yang pakai make up amat digalakkan. Tapi sometimes, ada yang tak sesuai guna oil cleanser. For those yang tak sesuai, I suggest guna micellar water.
☑ Cleanser
Function: Tengok 👆 jangan malas
☑ Moisturizer
Function: Tengok 👆 jangan malas

Contoh Oil Cleanser:

Image result for oil cleanser Image result for oil cleanser


Ini basic tau, jangan tanya tak perlu ke pakai scrub, mask , serum, toner semua tu??
Ikut skin concern korang la. Kalau korang nak pakai, pakai la. Tiada siapa yang melarang.
Asalkan kau bahagia dan kulit kau bahagia.

Disclaimer: I bukan pakar, bukan Doktor dalam bidang skincare. Just sharing knowledge based on apa yang I baca, cari and tahu.

Wednesday, April 10, 2019

Pengalaman breakout gara gara local product

Assalamualaikum and Hai

So, harini I nak share with you guys tentang pengalaman I pernah breakout.
I start tumbuh jerawat from Form 1. Disebabkan habit yang tak boleh tengok miss J (jerawat) tu and tangan ni rasa macam gatal sangat nak picit. After that, miss J memang  bertumbuh dengan pesatnya di muka dan meninggalkan bekas bekas nya.

Dulu mana ada pendedahan sangat pasal skincare semua ni macam sekarang kan. So, I macam buat sesuka hati la. Then, until form 4 macam tu baru la macam ade 'perasaan' yang aku nak cantik jugak. Ini zaman waktu local products tengah famous giler dan 'terbukti berkesan' uolss. So, I pun terpengaruh lah weh dengan iklan yang terhangat dipasaran tuu. 


I pernah pakai sendayu tinggi set yang untuk acne. Macam gambar di bawah. Tapi, unfortunately dia macam tak berkesan dengan I. 


Image result for sendayu tinggi acne set orange
Source from Google

I pun tukar lagi produk pakai local product lain pulak. Ape entah nama dia. Tapi I bijak jugak la memang akan beli trial set dulu. Ye la apa tak nya mahal gila kot harga local product(ke sebab sis masih dibangku sekolah). Pakai produk tu pun tak berkesan.


And my mak saudara suggest pakai sebamed cleanser. Then, i try pakai.  But time tu I pakai cleanser je uolss sebab macam I cakap takde pendedahan pasal skincare ni kan. So, memang tak berkesan la ceritanya.

Then, I terjumpa satu iklan ni. Pasal local products jugak. Nama dia SF Beauty. Kenapa I macam percaya gila nak beli produk ni? Sebab yang jualnya nurse hospital kerajaan. Then, I percaya lah "Okay, boleh percaya produk ni mesti selamat punya". Yes, after I consume memang jerawat hilang, parut pudar and kulit muka cerah beb.. But after i dah 3 ke 4 set macam tu pakai. And waktu ni keluar senarai produk yang mengandungi bahan terlarang daripada KKM semua tu. I check and memang terkejut gilaaa bila dapat tau produk yang I pakai ni mengandungi merkuri. OMG!! Memang stop terus lepas tahu. Then, after I stop consuming memang breaokout la muka I. Tapi bukan terlalu teruk gila tu. Tapi jerawat segalanya adalah. 


Image result for sf beauty
Source from Google

I kena cari pencuci muka baru and I found about cetaphil. So, I pun pakai la cetaphil about a year macam tu baru nampak hasil. Pakai sekali dengan aloevera gel. Waktu tu kan macam noob tak tahu basic skincare macam mana. I just pakai Cetaphil as cleanser and also Fruit of Earth aloevera gel. Waktu tu tak pandai lagi beli dekat drugstore. Beli dekat farmasi je. And Alhamdulillah. Skin beransur pulih.  Tapi ade la kadang kadang miss J ni muncul. Ye la mana taknya, moisturiser tak pakai, sunscreen tak pakai. Haihh memang noob gilaaa la waktu tu.

Image result for fruit of earth aloe vera
Aloevera gel yang I pakai

Image result for cetaphil
Source from Google

So, kepada semua diluar sana tu. Please lah , kalau nak cari skincare better dekat drugstore and avoid la local products ni. Tapi terpulang kepada masing masing. Buat lah keputusan yang bijak and check before you buy okay. And apa yang I belajar ialah jangan terlalu percaya dekat orang. Even dia nurse ke doktor ke tapi kalau dia jual local product please check first. As what I know doctor or nurse tak boleh jual produk kan..

Ohh , lupa nak bagitahu. I pernah consume AuraWhite tau.Alaa yang botol pink tu. Waktu zaman dia tengah famous gituu. Waktu tu I form 5. Sampai 3 botol I consume. Tapi malangnya takde apa yang berlaku pada I. Tak beri effect langsung dekat kulit I. Ada orang kata kena detox dulu la kan apa la. I dah detox pun still tak jalan. Tak tahu la I yang salah ke atau apa ke. 

Dekat bawah ni nak share sikit gambar gambar before ada basic skincare yang betul.

                                  Ini gambar from sekolah menengah(gambar ni je dapat jumpa)


Ini waktu matrikulasi 


Ini waktu masuk universiti (ada lagi parut parut but miss J beransur pulih)

Nanti I sambung untuk produk produk yang pernah I guna okayy and skincare routine.
Don't forget to like and subscribe.

Friday, March 22, 2019

Dalam kenangan


إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْنَ 

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
الفاتحة


Salam takziah buat ahli keluarga  cikgu Rosli. Terima kasih cikgu, berehat lah dikau disana.

Aku masih ingat sewaktu itu aku masih berumur 7 tahun, darjah 1. Aku dulu seorang yang tak mahu ke sekolah, asyik menangis setiap pagi lah boleh dikatakan dan cikgulah yang selalu mendukungku untuk masuk dan membawaku ke kelas. Meronta ronta aku menangis. Bila di ingatkan semula malu rasanya tapi itu la kenangan yang aku akan ingat sampai bila bila.

Terima kasih cikgu kerana telah memberikan ilmu kepadaku, kepada seluruh anak muridmu. Sungguh banyak jasa yang telah kau curahkan kepada kami semua. Dihari yang jumaat, penghuku segala hari kau telah dipanggil Ilahi. Semoga cikgu tenang disana. Amiin.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman....

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ