Pink Transparent Star

Wednesday, May 23, 2012

kawan , sahabat


Kawan. Perkataan yang cukup memberi makna kepada kita. Yup, kawan adalah insan yang rapat dengan kita selepas ibu bapa. Malahan kawan baik dianggap juga sebagai ahli keluarga. Tapi...


Ramai yang kata, susah nak cari kawan sekarang. Kebanyakannya main tikam belakang. Dan ada juga yang suka ambil kesempatan atas kebaikan kawan itu sendiri. Bukan ke macam tu?


Dan sekarang, selalu dengar orang kata, kawan yang sejati ini dah pupus. Susah sangat nak cari kawan yang selalu ada ketika senang dan susah. Masa senang aje dia nak berbaik2 dengan kita. Pedih kan?


 "Dalam hidup ni, kadang-kadang kita kene memilih dalam berkawan. Kalau tak akan menyesal kerana kawan sekarang suka mengkhianati dan tidak ikhlas. Terutamanya kaum Hawa. sebab ramai yang queen drama! Pandai berlakon baik depan kita. Hanya Allah saja yang tahu apa yang ada dalam hati mereka."


Macam mana kalau kita takde kawan?



Apa2 pun kita mesti ada kawan baik kan? walaupun berjauhan. Seperti saya dengan dua orang kawan baik di Terengganu, saya pula di Pahang. Tapi jarak kami kadangkala membataskan pergaulan kami. Sehingga kadang2 saya terfikir, dia ni dah lupa kita ke? Kenapa dia tak bertegur-sapa di facebook, atau twitter? Tak mesej pun tanya khabar?




Tapi, takkan lah persahabatan yang terjalin itu boleh diukur dengan kadar bertegur sapa mahupun berapa banyak mesej yang kita terima.. kan?


Friends always!


Itulah yang selalu kita berjanji dengan kawan baik. tapi, setakat manakah janji itu ditunaikan?
Tamat sekolah rendah berkawan rapat pula dengan rakan yang baru. Selepas itu, bertemu pula dengan rakan baru di universiti. Hinggalah ke alam pekerjaan dan perkahwinan. Itulah roda kehidupan kita. Senantiasa berputar. Sering dibawanya kita pada tempat yang berlainan dan di situlah titik persahabatan terjalin setiap kali berpindah sudut. Di manakah janji dulu? Pasti akan ada pengakhiran di situ..


Pelbagai laman sesawang yang makin gah diperkatakan kini.. Dan laman tersebutlah yang menjadi medium untuk berhubung dengan kawan2 lama.


"Hai, lama tak jumpa!" 
"I miss u soo much dear"
"InsyaAllah nanti kita berjumpa"


Kemudian sepi .... Cukup setakat itu sahaja. Semuanya berakhir di situ. Jadi, apa yang perlu kita buat? Lupakan sahaja?


Tak! kita kan boleh sayang kawan. Walaupun jauh! walaupun tiada khabar berita! Sayang tanpa had. Sayang tanpa syarat. Sayang dari jauh. Allah sudah sediakan satu medium yang menghubungkan manusia dengan manusia tanpa bertemu :


Doa : the world's greatest wireless connection!


Kita boleh mendoakan kesejahteraan mereka.
Ketika mereka susah, doakan mereka dilimpahi rezeki.
Ketika mereka sakit, doakan mereka cepat sembuh! (shafakaAllah)
Ketika mereka ditimpa dugaan, doakan mereka agar diberi kesabaran dan kuat menempuhinya.
Ketika mereka tersasar dari landasan yang benar, doakan mereka dibukakan pintu hati dan bertaubat.
dan ...
Jika mereka sudah meninggal dunia, doakan roh mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Dijauhkan seksaan kubur dan azab2 malaikat.


See? Doa itulah yang menguatkan lagi ikatan kita. Doalah yang diperlukan. Seorang mukmin jika mendoakan rakannya adalah seorang kawan yang baik! Itulah erti ' friend forever'.. Itulah yang diharapkan oleh sahabat kita. Jika diberi hadiah atau doa, yang manakah kamu akan pilih? Saya pasti pilih berdoa kerana berdoa itu adalah sesuatu yang berkekalan dan baik. Doalah yang membuatkan seseorang berubah, doalah yang membuatkan seseorang sihat dan bahagia. Doalah yang membuatkan seseorang berubah dan berada di landasan yang benar. Jika kita sentiasa berdoa untuk kawan, insya-Allah, Allah pasti akan mendengarnya. dan jika termakbul doa tersebut, kita juga yang akan mendapat manfaat pahala kerana telah mendoakan seseorang.

Teman-teman karib pada hari itu (Hari Kiamat) saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertakwa. [Quran, 43:67]
"Selemah-lemah manusia ialah yang tak boleh mencari sahabat, dan orang yang lebih lemah adalah orang yang telah mensia-siakan sahabat yang telah dicari"- Saidina Ali





No comments:

Post a Comment