Pink Transparent Star

Sunday, June 10, 2012

manusia hipokrit



Manusia ni ada macam-macam jenis orang .. macam-macam ragam .. belum tentu muka nya nampak lembut hati nya akan bersih dan sesuci kapas .. dan jangan nilai seseorang tu melalui wajah nya .. tapi nilai lah pada hati nya .. sepanjang masa aku hidup atas muka bumi Allah ni , macam-macam orang yang aku kenal .. yelah ni lah " Pentas Dunia " .. pelbagai " actress " yang melakonkan watak masing2 yang kadang2 nampak kelihatan sempurna sekali... " hebat !! hebat !! " ..tahniah .. anda pelakon yang sangat berbakat .. 

Tapi apa kepuasan yang mereka dapat agaknya ye ?? mereka seronok bila mereka disanjung, mereka seronok nama mereka disebut-sebut .. apa yang cuba hendak saya sampaikan bukan lah berkenaan pelakon-pelakon di skrin tv dirumah anda , tetapi pelakon yang dimaksudkan adalah pelakon di pentas dunia .. siapa pengarah nya ?? ermmm .. yang penting mereka memang membawakan watak yang sangat berkesan sehingga membuatkan semua orang x sedar itu hanya lakonan semata-mata . kesian para penonton yang tertipu dengan lakonan nya .. " asal nak percaya kalau da tahu tu berlakon jer ?? " .. kita akan tertipu kalau kita x sedar atau kita x tahu yang itu hanya lakonan dan kita semua akan betepuk tangan tanda hebat nya lakonan mereka.

Ada manusia yang pandai berkata-kata sehingga apa yang kita bayangkan " baik nya dia " .. walhal tidak lah begitu ..dia sangat bijak menyembunyikan diri nya dengan ditutupi topeng . Apa yang disebut x sama dengan hati nya .. perkataan yang keluar dari nya menampakkan beliau seorang yang sangat " baik " ..Jika apa yang kita nampak beliau seorang yang berhati terbuka tetapi sebenarnya beliau sangat2 suka mengungkit dan seorang yang suka besar2kan benda kecil kepada besar ..sudah la mengungkit2 , habis dihebohkan pada semua ..  itu lah yang dinamakan " manusia hipokrit " .. anda seorang yang penipu !!! .. anda lebih kejam !! .. jika anda tidak ikhlas memberi , jangan pura2 anda ikhlas memberi .  Fahami makna ikhlas , yang ia diberi lahir dari hati tanpa meminta balasan . Jadi jangan lah mengharapkan balasan .. Kumpul la sebanyak pahala di bumi ini untuk perhimpunan kita di Padang Mahsyar kelak .. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui , berlakon la sehebat mana pun anda dimata manusia tetapi Allah adalah yang maha agong yang lebih mengetahui
.

Yang baik akan dibalas baik .. tu la sebab nya ada syurga dan neraka .. biarlah kita nampak hina dimata manusia tetapi jangan kita hina di mata Allah .. sesungguhnya yang baik tu datang dari Allah , yang kurang itu datang dari kita sendiri .. semoga hari ini lebih baik dari semalam ..

ini hanya sekadar perkongsian..ingat tiada manusia yang perfect di atas muka bumi ini ..

No comments:

Post a Comment