Pink Transparent Star

Friday, July 20, 2012

kelebihan bulan ramadhan :)


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya 

selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi 
tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah 
sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai 
kelebihannya.  


1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila 
telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan 
diikat segala syaitan.  -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan 
Baihaqi-  


2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W  telah bersabda yang bermaksud 
:Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan 
diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn 
Habban dan Baihaqi-  
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang 
Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan 
keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. -  Hadis riwayat Bukhari, 
Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik,Ahmad dan Baihaqi-  


4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : 
Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus 
apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus 
apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa 
antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan 
perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah  : Maka aku tahu perkara itu akan 
berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, 
maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun 
perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian 
engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala 
meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan 
Baihaqi-  


p/s: selamat menunaikan ibadah puasa , ampun dan maaf jika ada melakukan kesilapan ..semoga amalan kita diterima oleh Allah :)



2 comments:

  1. yeah..bulan ramadhan yg banyak kelebihannya .

    selamat berpuasa ! ^^

    ReplyDelete
  2. betul tu..banyak syafaat di bulan yang mulia ni :)
    terima kasih ..selamat berpuasa juga !

    ReplyDelete