Pink Transparent Star

Saturday, December 22, 2012

Kecantikan yang sebenarnya (bahagian 1)



Tidak Cantik = Rendah diri dan jarang disukai orang.Cantik =  Berkeyakinan, terkenal dan disukai banyak orang


“Siapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, Allah akan fahamkan ia dalam agamanya”(Sahih, Muttafaqun ‘alaihi).

Hadis diatas dijelaskan oleh Syaikh Ibnu Baz bahwa ia menunjukkan keutamaan ilmu. Jika Allah menginginkan seorang hamba memperoleh kebaikan, Allah akan memahamkan agamaNya sehingga dia dapat mengetahui mana yang benar dan mana yang batil, mana petunjuk mana kesesatan. Dengannya pula dia dapat mengenal Rabbnya dengan nama dan sifat-sifatNya serta tahu keagungan hakNya.

Apalah gunanya cantik tetapi hati tidak tenteram. Cantik tetapi dilaknat oleh Allah dan rasulNya. Kecantikan fizikal tidak akan bertahan lama, ia hanya palsu sahaja.

 Ada yang lebih cantik dihadapan Allah, Rabb semesta alam, iaitu kecantikan hati yang  akan nampak pada mulianya akhlak. Banyakkan muhasabah, kenali apa-apa yang masih kurang dan lekas diperbaiki.
Faham Syari’at = CANTIK
Tidak Faham Syari’at = Tidak CANTIK sama sekali!


“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati  kalian” – (HR.Muslim)



Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harumKerana banyaknya madu yang dimiliki bungaTidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantikKerana memiliki hati yang cantikDan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang. 




No comments:

Post a Comment