Pink Transparent Star

Saturday, December 15, 2012

Penghalang untuk berjaya




Kejayaan . Semua orang inginkan kejayaan. Tiada siapa yang hidup untuk kegagalan.
Kemiskinan. Hanyalah perkataan dan itu tidak akan menjejaskan matlamat kita untuk berjaya.
Semua orang layak untuk berjaya. Semua orang ada peluang untuk buktikan dia mampu berjaya.
Kalau kita tengok sekarang ni ramai orang yang susah dan kurang upaya lebih mampu membuktikan yang mereka boleh berjaya. 

Pada hakikat yang sebenarnya, kemiskinan membantu kita atau mendorong kita untuk lebih berusaha dan gigih utuk mencapai kejayaan. Kemiskinan juga merupakan 'bonus' kerana tiada halangan untuk kita belajar.Tiada yang namanya internet sepanjang masa , tiada handphone , tiada apa-apa yang boleh menyekat  mereka untuk terus berjaya. Untungkann. 

If kita terlalu dimandikan dan dibesarkan dengan kemewahan , sebenarnya kita akan cepat lupa diri. Cepat menjadi orang yang PEMALAS. dan nak nak lagi jadi orang yang SOMBONG dan ANGKUH. Kann. Okayy. Itu memang benar. itulah hakikatnya. 

Kalau kita berusaha dengan gigih , kita akan rasa manisnya kejayaan. dan kejayaan tu menjadi lebih bermakna dan berharga.
Tapi . ada tapi. Setiap kejayaan mestilah diiringi dengan usaha gigih yang berterusan . jangan lupa doa dan tawakal.


Ibarat sekumpulan pendayung perahu yang bertanding di dalam sesuatu pertandingan lumba perahu , segala kudrat dan tenaga dikerah sehabis-habisnya dalam usaha untuk  muncul yang pertama sampai ke garisan penamat.

Sekali air bah , sekali pantai berubah . Jangan dicontohi pantai kerana hati pejuang tidak mudah kalah. Semangat pejuang sentiasa membara dijiwa. Jadikan kekalahan sebagai satu dorongan untuk teruskan berjaya kerana hati pejuang tidak pernah kalah.

p/s : hasil taip diatas dan segala isi kandungan diatas hanyalah untuk memotivasikan diri sendiri sebenarnya.
       Almaklumlah , sedang mencari semangat untuk teruskan perjuangan dalam spm 2013 .

No comments:

Post a Comment