Pink Transparent Star

Sunday, April 14, 2013

Bergurau - senda ada Adabnya



Wahh . Berhabuk sungguh blog ni. lama juga tak diupdate. Baru sekarang ada masa . Inipun curi-curi masa .
Lepas kemas bilik terlintas di fikiran nak update sikit sebelum nak study . Kalau tidak takde masa nak menaip berjela-jela ni.

Okay , kita terus ke tajuk entry kita . "Apa tajuk dia adik-adik? "
"Adab bergurau senda akak ".
"Wahh !(terpegun) .Pandainye Anak sapelah ni .

Baiklah adik-adik tajuk kita pada hari ini ialah 'Adab bergurau senda'.


Majoritinya sebagai manusia memang kita suka bergurau. Itu memang sifat semulajadi manusia. Kalau tak bergurau ni nanti stress pulak. Yelah mana tak stressnya , muka tegang sepanjang masa. Sanggup ke macam tu? takkan.

Tapi dalam pada waktu kita bergurau tu berpada-pada lah jangan ikut sedap mulut je. Ingat kita ni manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan. Jadi berhati-hatilah semasa bergurau.

Adab bergurau :

1. NIAT YANG BETUL
           Semasa hendak bergurau kita mesti tahu niat kita.Kenapa kita nak bergurau ? Untuk menghilangkan kepenatan , kebosanan , kelesuan , ataupun mahu menyegarkan minda semula ? tapi kalau niat kita tu sudah terpesong lebih baik kita jangan bergurau.


2.TIDAK BERLEBIHAN
          Orang yang berlebihan semasa bergurau  sebenarnya telah menjatuhkan martabatnya dalam pandangan manusia. Terlalu banyak bergurau akan menjatuhkan kehormatan dan kewibawaan seorang.


3.TIDAK BERGURAU DENGAN ORANG YANG TIDAK SUKA BERGURAU
          Kadang-kadang seseorang bergurau dengan orang yang tidak suka bergurau , yang selalu serius dalam setiap perbuatan dan percakapannya serta tidak suka dengan gurauan orang tersebut.Akhirnya boleh mendatangkan akibat yang buruk.

4.TIDAK BERGURAU DENGAN PERKARA YANG SERIUS
          Ada beberapa keadaan yang tidak sepatutnya bergurau , misalnya dalam majlis ilmu , perbicaraan dalam mahkamah , ketika menjadi saksi dalam pernikahan , cerai dan sebagainya.Contohnya , bagi lelaki yang dah kahwin perkara atau lafaz talak tidak boleh dibawa main-main kerana walaupun dalam keadaan main-main , talak yang dilafazkan tetap jatuh. Almaklumlah baru lepas belajar tajuk masalah perkahwinan di sekolah.

5.MENJAUHI PERKARA YANG DIHARAMKAN KETIKA BERGURAU
          Antaranya :
  • Menakut-nakutkan orang lain
  • berbohong
  • memandang rendah orang lain
  • menuduh atau mengeji

6. TIDAK BANYAK KETAWA
          Kalau banyak ketawa pula bertentangan dengan sunnah Nabi. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya Rasulullah tidak tertawa kecuali hanya tersenyum ."
(Riwayat Al-Tarmizi).
Banyak ketawa juga boleh mengeraskan dan mematikan hati. Tapi manusia sekarang contohnya , si A ni buat lawak . Lepastu , si B ni tak lah ketawa sangat. Si A , pun kata "tak lawak ke ? " Lantas si A pun berkecil hati . Si B pun kehilangan idea untuk berkata-kata. Haha. Faham-faham jelah.

7. MENJAUHI BERGURAU DENGAN TANGAN DAN KATA-KATA YANG BURUK
          Banyak pergaduhan dan pertengkahan terjadi disebabkan bergurau. Walaupun dengan  gurauan yang sedikit tetapi kesannya mendalam. Antara faktor , tidak menjaga tangan daripada menyentuh tubuh orang lain tanpa adab . Begitu juga dengan kata-kata. Jaga lidah daripada mengucapkan perkataan yang keji dan tidak senang telinga yang mendengarnya.

 Jadi , kesimpulannya disini berhati-hatilah semasa bergurau . Terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata buruh padahnya. Sebelum nasi menjadi bubur , baiklah kita mencegah dahulu. Kalau orang tu dah berkecil hati susah pula nak pujuk dan minta maaf balik.

P/S : JOM LIKE PAGE BLOG NI DI FACEBOOK. BARU BUAT : Adilahhanumpunyeblog

 

No comments:

Post a Comment