Pink Transparent Star

Saturday, May 4, 2013

Belajar Untuk Melepaskan



"Apabila Allah cepat makbulkan doa kita , maka Dia menyayangi kita. Apabila Allah lambat makbulkan doa kita , maka Dia ingin menguji kita. Apabila Allah tidak makbulkan doa kita , maka Allah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Oleh itu , sentiasalah bersangka baik kepada Allah dalam apa-apa jua keadaan kerana kasih sayang Allah sentiasa mendahului kemurkaan-Nya"

Kehilangan memang menyakitkan . Tiada siapa pun yang ingin merasakannya. Apa agaknya rasa kehilangan sesuatu yang disayangi ataupun tidak memperoleh apa yang diinginkan ? Tentunya rasa pahit di jiwa , sedih di hati . Orang di sekeliling memberi nasihat : " Sabar banyak - banyak".


Tiada salah punya rasa sedih dan kecewa kerana itu fitrah insani . Dalam kekecewaan yang terbenam  , kita cuba mendidik rasa bersangka baik dengan ketentuan Allah . Tetapi sekuat mana pun kita  mampu  bersangka baik  , ada ketika terpalit rasa bersangka buruk sama ada sesama manusia ataupun dengan Allah. Tetapi , apabila ada perasaan sebegitu , cepat - 2 lah kita beristighfar. Apabila ditimpa kepayahan , hilangkan segala prasangka buruk . Ingatlah bahawa Allah sebenarnya ingin memberi sesuatu yang lebih baik kepada kita.

Cerita Daripada Ulama bernama Masruq Bin Al - Ajda'
Terdapat sebuah keluarga yang hanya mempunyai seekor ayam, anjing dan keldai.. Ketiga tiga haiwan ini sangat disayangi oleh keluarga ini kerana manfaatnya pada mereka.. Ayam membantu untuk mendirikan solat, keldai digunakan untuk mengambil air dan anjing untuk menjaga rumah..
Suatu hari, seekor musang memangsa ayam mereka.. Seisi keluarga menjadi sedih.. Namun, si ayah keluarga ini berkata “Tidak apa apa, InsyaAllah (takdir ini) baik untuk kita”..
Tidak beberapa hari kemudian, seekor serigala telah membunuh keldai mereka pula.. Ahli keluarga itu sedih sekali.. Namun ayah keluarga ini tetap berkata, “Tidak apa apa, InsyaAllah (takdir ini) baik untuk kita”..
Selang beberapa ketika, anjing mereka pula mati mendadak.. Maka ahli keluarga menjadi sedih kembali.. Si ayah tetap berkata , “Tidak apa apa, InsyaAllah (takdir ini) baik untuk kita”..
Masruq berkata , “ Selang beberapa hari.. Suatu pagi, ahli keluarga itu bangun daripada tidurnya.. Lalu mereka mendapati bahawa seluruh penduduk desa itu telah ditawan dan dibawa pergi oleh sekumpulan perompak malam tersebut.. Hanya keluarga mereka terselamat kerana para perompak hanya mendatangi rumah rumah yang terdengar suara haiwan di dalamnya sahaja”

Yakinlah dengan resam dunia . Yang patah pasti tumbuh , yang hilang pasti berganti . Memang benar , untuk kehidupan di dunia ini setiap sesuatu akan ada akhirnya.

Andai rasa pahit akibat kehilangan itu tidak hilang juga , sematkan di hati : " Hakikatnya kita tidak pernah hilang apa-apa kerana kita tidak memiliki apa-apa. Semuanya hanya pinjaman daripada Allah.Lepaskanlah sesuatu kebaikan walaupun kita terlalu menyayanginya dan bersedialah selepas itu untuk menerima sesuatu kebaikan lain yang lebih baik.



No comments:

Post a Comment