Pink Transparent Star

Wednesday, April 23, 2014

Lepasan SPM.



Hi 
Annyeonghaseyo
Ahlan Wasahlan
Konnichiwa
Bonjour
Ni Hao




Amboi lama benar tak meng'update' blog kesayangan hamba ini.

Berhabuk sungguh.
Jap.. nak bersihkan..
Lepas ni kita sambung. Jom berehat bersama kit kat..
Fuhh.. fuhh.. (tiup habuk)






Okayy. kita sambung :) 

Dibawah ini adalah contoh - contoh soalan (haha macam exam pulak) yang kau akan jawab, org akan tanya atau kau pernah fikir bila kau dah jadi SPM Leavers. 


Q : Macam mana kau sekarang? Apa citer ?


A : Okayy. Itu soalan yang selalu kawan kau akan tanya, family kau ataupun saudara terdekat ataupun jiran kau. Ya , betul tak tipu. Dan jawapan yg selalu aku bagi memang sgt cliche. Haha. Lantak lah org nak kata dah nak jawab mcm tu jugak. Nasiblah. Nak tahu apa jawapan dia. Hmm, hampa pun boleh teka. Ya, betul
sekali apa yg hampa dok fikir tu. Ayt cliche nye adalah -->" Hmm.. macam gitu jelah." Haha ringkas bukan dan sungguh mudah.

Q : Banyak dapat tawaran belajar ?


A : Haihh , ini jangan dok cerita lahh. Memang banyak dapat. Serious. Hampa pun sama nnti. Tapi swastalah. Tak percaya ? Sila percaya. tak percaya lagi ? Ni buktinya, (sila scroll bawah ) . Nak habaq mai, ni baru separuh. Separuh lagi dah didermakan dalam tong sampah. Harap Maklum. 


  



Q : Dah fikir tentang masa depan ? Your future life?

A : Seriously, semua org akan fikir masa depan kan. Tapi sungguh bila difikirkan semula, aku sendiri pun tak tahu nak jadi apa, nak kerja apa bila besaq nanti. Dekat sekolah dulu, bila cikgu tanya cita-2 hang nak jadi apa, mesti semua boleh jawab. Nak jadi doktor la, guru la, arkiter, engineer dan macam-macam lagi. Tapi sekarang aku baru sedar yang cita-cita aku , yang aku dok kata dulu waktu sekolah , bukan apa yang aku inginkan. Semua itu hanya sebuah ungkapan. Bukan ikhlas dari hati aku dan bukan sesuatu yang aku mahukan. (Kalau tak faham , buat faham)


Q : Apa halatuju kau? Nak sambung belajar ? Diploma? matrik? asasi ? form 6?

A : okay,ni lagi satu masalah terbesar aku. (Besar ke?) Memang besar . Sebab ini yang akan menentukan masa depan kau. Kau akan mohon UPU, MATRIK, IPG, SPA dan semua la yg kau boleh apply. Kau kena fikir kau nak course apa? Apa yang kau minat ? Kau nak jadi apa nanti ? Kerjaya yang kau nak ? Kau rasa kau boleh bawa tak course tu ? Semua persoalan ni memang wajib ada dalam minda korang. Jadi aku pun apply lah semua sekali. Haha. Nak selamat kan.. Dan sekarang hanya menunggu result sahaja

Q : Kau dah ready nak masuk Universiti ? Nak belajar jauh-jauh ?

A : Jujur . Aku tak ready. Seriously. Sebab aku tak pernah berjauhan dengan family. Ni masalh aku kot. Aku rasa tak selamat bila berjauhan dengan family. InshaALLAH . Aku cuba atasi dan melawan semua tu. Aku perlu berani . Yeahh ! Bagi yang dah biasa duduk jauh dgn family mungkin tiada masalah. Sebab korang dah biasa kan.


Okay, Sudah cukup cukup sudah, cukup sampai disini saja...
Banyak lagi aku nak cerita tapi takpelah. Simpan je dulu. Nanti kita story lagi.

IPG : UKCG (DAH HABIS) -> TEMUDUGA - 5/5/2014
MATRIKULASI : 



FORM 6 : 


UPU : Bulan 5. mungkin 4/5/2014

kbai :)  ( Tak tahu nak bagi title apa)

No comments:

Post a Comment