Pink Transparent Star

Thursday, August 27, 2015

Sambung Belajar (Part 6)



Hi 
Annyeonghaseyo
Ahlan Wasahlan
Konnichiwa
Bonjour
Ni Hao


Tinggal lagi 2 sebelum aku mula melangkah ke alam baru. Aku telah mendapat tawaran ke UNIMAS bagi sesi September 2015 pengambilan UPU untuk melanjutkan pelajaran dalam peringkat ijazah sarjana muda. 




Tetapi disebabkan terlalu jauh. Hahaha. Jauh la kan 871 km kot. Hahaha.
Parents aku pun membuat rayuan kepada pihak Universiti Malaysia Pahang.
Alhamdulillah. Rayuan itu berjaya. Permohonan aku diterima.



Dan sekarang aku akan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah sarjana muda di UMP.
Banyak perkara yang perlu aku settlekan.


  • Borang penjamin 
  • Laporan pemeriksaan kesihatan (urine test & xray)
  • Salinan dokumen
  • Pembayaran yuran
  • PTPTN
Semalam aku baru selesai medical check up di PPAT, Kuantan. Part yang paling sewwramm kateko. Yang paling paling aku benci sekali xray. Hahaha. Dah lah yang ambil xray tu lelaki. okay perhatian lelaki. Faham faham jelah kenapa ye.
Nasib baik urine test aku okay. tak payah kena buat balik ke apa ke kan.



So, Alhamdulillah atas pertolongan parents aku, saudara mara , dokumen-dokumen yang perlu diselesaikan sudah beres. Yeehaa !

Sekarang yang tinggal hanyalah untuk packing barang. Disebabkan lokasi UMP tidak jauh dari rumah aku ( takdelah sebelah rumah je) .Maksudnya, boleh lagi la kalau tertinggal barang pergi ambil ke apa ke.tak payah la poslaju ke apa. Jadi aku bercadang untuk membawa sedikit demi sedikit dahulu. Tak la terus angkut satu lori. Kahkahkah. takdelah sampai satu lori. Bohong semua tu.
Sekarang aku tengah fikir checklist barang yang perlu dibawa ni. InsyaAllah kalau ada masa, aku akan update checklist barang untuk masuk universiti. Mana tahu  boleh juga membantu yang lainkan?Tak gitu? Hehehe. 

Lots of love, xoxo 

No comments:

Post a Comment