Pink Transparent Star

Wednesday, April 10, 2019

Pengalaman breakout gara gara local product

Assalamualaikum and Hai

So, harini I nak share with you guys tentang pengalaman I pernah breakout.
I start tumbuh jerawat from Form 1. Disebabkan habit yang tak boleh tengok miss J (jerawat) tu and tangan ni rasa macam gatal sangat nak picit. After that, miss J memang  bertumbuh dengan pesatnya di muka dan meninggalkan bekas bekas nya.

Dulu mana ada pendedahan sangat pasal skincare semua ni macam sekarang kan. So, I macam buat sesuka hati la. Then, until form 4 macam tu baru la macam ade 'perasaan' yang aku nak cantik jugak. Ini zaman waktu local products tengah famous giler dan 'terbukti berkesan' uolss. So, I pun terpengaruh lah weh dengan iklan yang terhangat dipasaran tuu. 


I pernah pakai sendayu tinggi set yang untuk acne. Macam gambar di bawah. Tapi, unfortunately dia macam tak berkesan dengan I. 


Image result for sendayu tinggi acne set orange
Source from Google

I pun tukar lagi produk pakai local product lain pulak. Ape entah nama dia. Tapi I bijak jugak la memang akan beli trial set dulu. Ye la apa tak nya mahal gila kot harga local product(ke sebab sis masih dibangku sekolah). Pakai produk tu pun tak berkesan.


And my mak saudara suggest pakai sebamed cleanser. Then, i try pakai.  But time tu I pakai cleanser je uolss sebab macam I cakap takde pendedahan pasal skincare ni kan. So, memang tak berkesan la ceritanya.

Then, I terjumpa satu iklan ni. Pasal local products jugak. Nama dia SF Beauty. Kenapa I macam percaya gila nak beli produk ni? Sebab yang jualnya nurse hospital kerajaan. Then, I percaya lah "Okay, boleh percaya produk ni mesti selamat punya". Yes, after I consume memang jerawat hilang, parut pudar and kulit muka cerah beb.. But after i dah 3 ke 4 set macam tu pakai. And waktu ni keluar senarai produk yang mengandungi bahan terlarang daripada KKM semua tu. I check and memang terkejut gilaaa bila dapat tau produk yang I pakai ni mengandungi merkuri. OMG!! Memang stop terus lepas tahu. Then, after I stop consuming memang breaokout la muka I. Tapi bukan terlalu teruk gila tu. Tapi jerawat segalanya adalah. 


Image result for sf beauty
Source from Google

I kena cari pencuci muka baru and I found about cetaphil. So, I pun pakai la cetaphil about a year macam tu baru nampak hasil. Pakai sekali dengan aloevera gel. Waktu tu kan macam noob tak tahu basic skincare macam mana. I just pakai Cetaphil as cleanser and also Fruit of Earth aloevera gel. Waktu tu tak pandai lagi beli dekat drugstore. Beli dekat farmasi je. And Alhamdulillah. Skin beransur pulih.  Tapi ade la kadang kadang miss J ni muncul. Ye la mana taknya, moisturiser tak pakai, sunscreen tak pakai. Haihh memang noob gilaaa la waktu tu.

Image result for fruit of earth aloe vera
Aloevera gel yang I pakai

Image result for cetaphil
Source from Google

So, kepada semua diluar sana tu. Please lah , kalau nak cari skincare better dekat drugstore and avoid la local products ni. Tapi terpulang kepada masing masing. Buat lah keputusan yang bijak and check before you buy okay. And apa yang I belajar ialah jangan terlalu percaya dekat orang. Even dia nurse ke doktor ke tapi kalau dia jual local product please check first. As what I know doctor or nurse tak boleh jual produk kan..

Ohh , lupa nak bagitahu. I pernah consume AuraWhite tau.Alaa yang botol pink tu. Waktu zaman dia tengah famous gituu. Waktu tu I form 5. Sampai 3 botol I consume. Tapi malangnya takde apa yang berlaku pada I. Tak beri effect langsung dekat kulit I. Ada orang kata kena detox dulu la kan apa la. I dah detox pun still tak jalan. Tak tahu la I yang salah ke atau apa ke. 

Dekat bawah ni nak share sikit gambar gambar before ada basic skincare yang betul.

                                  Ini gambar from sekolah menengah(gambar ni je dapat jumpa)


Ini waktu matrikulasi 


Ini waktu masuk universiti (ada lagi parut parut but miss J beransur pulih)

Nanti I sambung untuk produk produk yang pernah I guna okayy and skincare routine.
Don't forget to like and subscribe.

No comments:

Post a Comment