Pink Transparent Star

Monday, December 31, 2018

Selamat Tinggal 2018


Sekejap betul masa berlalu. Sekarang aku sudah menduduki tahun akhir di universiti. Sungguh benar. Universiti adalah tempat dimana kau akan rasa sebetul betulnya cabaran dalam kehidupan. Sepanjang aku berada di situ. Mengenali orang yang pelbagai jenis ini sungguh memenatkan. Belajar itu tidak memenatkan tetapi situasi, orang di sekeliling itu membuatkan aku rasa lelah.

2018 merupakan tahun yang amat lelah untuk aku tempuhi dan harungi. Banyak yang aku belajar dalam hidup ini.



Yang paling bermakna dan terkesan dalam hidup aku adalah kawan. Bukan mudah untuk kau jumpa kawan yang sebetul betulnya bila kau di alam universiti. Tidak seperti kau disekolah dahulu. Kawan yang boleh bertahan dengan kita sungguh sukar untuk dicari.

Terima kasih untuk segala-galanya 2018. Terima kasih untuk sesiapa yang masih kekal sehingga hari ini(you know who you are). Terima kasih yang sudah banyak menolong.


Semoga 2019 menjadi lebih baik dari tahun sebelum sebelumnya.




No comments:

Post a Comment