Pink Transparent Star

Friday, March 22, 2019

Dalam kenangan


إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْنَ 

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
الفاتحة


Salam takziah buat ahli keluarga  cikgu Rosli. Terima kasih cikgu, berehat lah dikau disana.

Aku masih ingat sewaktu itu aku masih berumur 7 tahun, darjah 1. Aku dulu seorang yang tak mahu ke sekolah, asyik menangis setiap pagi lah boleh dikatakan dan cikgulah yang selalu mendukungku untuk masuk dan membawaku ke kelas. Meronta ronta aku menangis. Bila di ingatkan semula malu rasanya tapi itu la kenangan yang aku akan ingat sampai bila bila.

Terima kasih cikgu kerana telah memberikan ilmu kepadaku, kepada seluruh anak muridmu. Sungguh banyak jasa yang telah kau curahkan kepada kami semua. Dihari yang jumaat, penghuku segala hari kau telah dipanggil Ilahi. Semoga cikgu tenang disana. Amiin.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman....

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

No comments:

Post a Comment